"Ya Allah seandainya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu,kecantikannya kecantikan-Mu,keindahannta keindahan-Mu,kekuatannya kekuatan-Mu,kekuasaanya kekuasaan-Mu,perlindungannya perlindungan-Mu....Ya Allah jika rezekiku dilangit,turunkanlah,jika ia di bumi keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika jauh dekatkanlah...
Berkat waktu Dhuha,kecantikan-Mu,keindahan-Mu,kekuatan-Mu,kekuasaan-Mu,limpahkan kepada ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Ahad, 25 April 2010

Wedding my sis Farah

10 April 2010,berlangsunglah majlis pernikahan adikku Farah bersama pasangannya Amar.Mereka ni 1 U & 1 course...CINTA KULIAH yer....masing-masing masih lagi belajar dalam bidang architecture di UIA,alhamdulillah dah sampai seru,tak kiralah org dah keje ke,belajar ke..yg penting agama tidak diabaikan.Berkahwin waktu belajar ni pun ada baiknya,boleh belajar sama-sama,buat assignment sama-sama tanpa batasan dan yg penting apa yg mereka lalui sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Semuanya serba sederhana,tidak melampaui batas,dari kak long,sehinggalah adikku ini,kahwin diusia yg muda.Mak ayah kami tak galakkan bercinta terlalu lama,lagi-lagi dizaman serba canggih ni,banyak sgt anasir-anasir dan pengaruh negatif yg boleh mencemarkan agama.Alhamdulillah ,walaupun adik beradik kami kahwin diusia muda,masing-masing berjaya dalam hidup.






Kek perkahwinan yg aku hasilkan untuk majlis kali ini,pada awalnya,rupa kek ni lain.Tapi disebabkan perjalanan yg memakan masa hampir 8 jam,kek ni telah cair di dalam perjalanan.untuk mengelakkan pembaziran,akhirnya aku mengambil keputusan untuk menutup kek coklat ni dengan white choc + dark choc utk toppingnya.Walaupun ada sedikit kecacatan,tapi rasanya tetap maintan sedaapppp...


Sebagai seorang beginner dlm bidang baking ni,bnyk yg aku perlu pelajari.Tapi bila kita dapat lihat hasil sendiri dan pujian dari org tentang hasil kita, rasa sgt puas hati.Mungkin dimata kita,kita nampak serba kekurangan,tapi dimata org ,lain pula.

INFO KELAS COKLAT

Kelas terhad untuk 4 orang setiap kelas.
Masa (10 am -4pm)

Tempat : Cheras Baru,Kuala Lumpur
*Sila maklumkan seminggu awal sekiranya pelajar ingin membuat kelas di tempat sendiri.
Yuran :RM 200 (termasuk nota, 1 mould,coklat box) & anda akan membawa pulang min 1kg coklat(sila bawa bekas) .

Bayaran deposit 50% hendaklah dibayar di akaun
CIMB:01120061802528 atau akaun


MBB:164342248922 atas nama IZDIANI BT MOHD HATTA

setelah pembayaran dibuat ,sila maklumkan kepada saya melalui sms/email butir-butir pembayaran:

Bank:CIMB/MBB
Nama Penuh :

Tarikh kelas yg ingin diikuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...