Sudah beberapa minggu sebelum aku bersalin,su dari genting higland sering mengirim email & bersms dgn ku untuk memastikan dia tidak ketinggalan untuk mengikuti kelasku...Terima kasih banyak2 su sbb berminat untuk kekelas akak,tp apa kan daya kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan,29hb petang,aku menerima sms drp su mengatakan dia di kg,ibu mertuanya di ICU,walaubagaimanapun dia tetap meyakinkan aku utk mengikuti kelas esok harinya..begitu kuat semangat su untu ke kelas ye....
30hb pukul 10 pagi aku masih menunggu dan terus menunggu su..mana yer su ni sesat tak jumpa rumah ke atau ada masalah yg menimpa..dibenak fikiran ku mcm kufikirkan,kuhntr sms tidak berjawab...mungkin ibunya masih belum stabil...agaknyer......sehinggalah 11pagi....su tak jadi dtg agaknyer...apa2 hal mesti dia akan maklumkan padaku....
petang dalam pukul 5 lebih aku terima sms daripada su memohon maaf diatas ketidakhadirannya ke kelas... ibu mertua nya baru sahaja pergi menghadap ilahi pada subuh 30 Okt,hari jumaat yang mulia...SalamTakziah akak ucapkan pd su sekeluarga.Semoga Roh ibumu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama org yg beriman.Amin......