"Ya Allah seandainya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu,kecantikannya kecantikan-Mu,keindahannta keindahan-Mu,kekuatannya kekuatan-Mu,kekuasaanya kekuasaan-Mu,perlindungannya perlindungan-Mu....Ya Allah jika rezekiku dilangit,turunkanlah,jika ia di bumi keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika jauh dekatkanlah...
Berkat waktu Dhuha,kecantikan-Mu,keindahan-Mu,kekuatan-Mu,kekuasaan-Mu,limpahkan kepada ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Sabtu, 6 Mac 2010

SeLaMaT PeNgAnTiN Baru Adli & Ida

Selamat pengantin baru Adli & Ida.Sebenarnya Adli ni rakan sekerja husband ku..sama-sama berkhidmat bawah RS di Tanah Merah.Sewaktu nak membina kek 2 tingkat ni banyak benar rintangan dan cabaran yg aku lalui.Lebih-lebih lagi dunia baruku dlm bidang membuat kek ni.Aku terpaksa meminjam mixer dan oven dari kakak iparku memandangkan majlis diadakan di Hulu Langat,tapi semua barang-barangku di kelantan.Nak mengangkut mixerku dan oven ku yg sebesar peti sejuk 1 pintu satu hal pulak.Dengan pakaian kami anak beranak dah penuh 1 kembara.Nak tak nak,kena la pinjam jugak.Ikutkan aku dah terbiasa dengan mixerku,dgn kuasa kudanya..h!hi!..aku tidak perlu bersusah payah untuk memukul adunan sehngga kembang,tetapi dengan handmixer kakak iparku,aku terpaksa mengerah tenaga memukul adunan sehingga kembang.Naik kebas tanganku ini.hahaha..nak dijadikan cerita aku terpaksa menyuruh suamiku menolongku memukul adunan tersebut.maklumlah,tenaga lelaki ni lg power dari kita..Thanks cayang....ada talent nak jd chef tu...


Pandangan atas kek


Kek 2 tingkat bertemakan warna hijau pucuk pisang

Majlis Perkahwinan penuh adat istiadat tentera ,perkahwinan bawah pedang'sword barrel'


Kedua-dua mempelai dgn berpakaian serba putih,nampak segakkan....



Majlis memotong kek..taraa..tgkla hasil ku ini....potong kek pakai pedang giteww...


Jejaka tampan ditengah-tengah tu siapa yerr.....boleh berkenalan???
Haa...nak tau...tu la suamiku yg tersayang.....amboi!mkn sedap nmpk....


Kepada kedua-dua mempelai,semoga Bahagia sehingga keakhir hayat dan bina rumahtangga kalian dengan berlandaskan quran&sunnah untuk melahirkan keluarga yg sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO KELAS COKLAT

Kelas terhad untuk 4 orang setiap kelas.
Masa (10 am -4pm)

Tempat : Cheras Baru,Kuala Lumpur
*Sila maklumkan seminggu awal sekiranya pelajar ingin membuat kelas di tempat sendiri.
Yuran :RM 200 (termasuk nota, 1 mould,coklat box) & anda akan membawa pulang min 1kg coklat(sila bawa bekas) .

Bayaran deposit 50% hendaklah dibayar di akaun
CIMB:01120061802528 atau akaun


MBB:164342248922 atas nama IZDIANI BT MOHD HATTA

setelah pembayaran dibuat ,sila maklumkan kepada saya melalui sms/email butir-butir pembayaran:

Bank:CIMB/MBB
Nama Penuh :

Tarikh kelas yg ingin diikuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...