"Ya Allah seandainya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu,kecantikannya kecantikan-Mu,keindahannta keindahan-Mu,kekuatannya kekuatan-Mu,kekuasaanya kekuasaan-Mu,perlindungannya perlindungan-Mu....Ya Allah jika rezekiku dilangit,turunkanlah,jika ia di bumi keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika jauh dekatkanlah...
Berkat waktu Dhuha,kecantikan-Mu,keindahan-Mu,kekuatan-Mu,kekuasaan-Mu,limpahkan kepada ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Sabtu, 6 Mac 2010

SeLaMaT PeNgAnTiN Baru Adli & Ida

Selamat pengantin baru Adli & Ida.Sebenarnya Adli ni rakan sekerja husband ku..sama-sama berkhidmat bawah RS di Tanah Merah.Sewaktu nak membina kek 2 tingkat ni banyak benar rintangan dan cabaran yg aku lalui.Lebih-lebih lagi dunia baruku dlm bidang membuat kek ni.Aku terpaksa meminjam mixer dan oven dari kakak iparku memandangkan majlis diadakan di Hulu Langat,tapi semua barang-barangku di kelantan.Nak mengangkut mixerku dan oven ku yg sebesar peti sejuk 1 pintu satu hal pulak.Dengan pakaian kami anak beranak dah penuh 1 kembara.Nak tak nak,kena la pinjam jugak.Ikutkan aku dah terbiasa dengan mixerku,dgn kuasa kudanya..h!hi!..aku tidak perlu bersusah payah untuk memukul adunan sehngga kembang,tetapi dengan handmixer kakak iparku,aku terpaksa mengerah tenaga memukul adunan sehingga kembang.Naik kebas tanganku ini.hahaha..nak dijadikan cerita aku terpaksa menyuruh suamiku menolongku memukul adunan tersebut.maklumlah,tenaga lelaki ni lg power dari kita..Thanks cayang....ada talent nak jd chef tu...


Pandangan atas kek


Kek 2 tingkat bertemakan warna hijau pucuk pisang

Majlis Perkahwinan penuh adat istiadat tentera ,perkahwinan bawah pedang'sword barrel'


Kedua-dua mempelai dgn berpakaian serba putih,nampak segakkan....



Majlis memotong kek..taraa..tgkla hasil ku ini....potong kek pakai pedang giteww...


Jejaka tampan ditengah-tengah tu siapa yerr.....boleh berkenalan???
Haa...nak tau...tu la suamiku yg tersayang.....amboi!mkn sedap nmpk....


Kepada kedua-dua mempelai,semoga Bahagia sehingga keakhir hayat dan bina rumahtangga kalian dengan berlandaskan quran&sunnah untuk melahirkan keluarga yg sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Coklat order

loose real choc di request oleh my loyal customer...abg rin,su & mus...actually they are my ex officemate di SME pada suatu ketika dulu..hi!hi!...Kebetulan bulan Feb ni aku di KL,so dorang pun request choc real ni.Bukan senang nak buat chocolate ni kalau xde ilmu didada....kalau silap temper,silap haribulan tak jadi.Lagi-lagi coklat real ni..nak menemper coklat ni pun nak kena guna tenaga yg secukupnya..kalau sesiapa yg bercadang utk menguruskan lengan mereka yg tebal dan berisi tu,menemper coklat real ni salah satu exercise yg sgt bagus....ahakss....
Selalu saya ingatkan pd mereka yg belajar homemade choc dgn dzyan,Harga jual choc real lebih mahal berbanding choc compound...Tapi kenapa ye????hmmmm....sebabnya,Harga sekilo coklat
real RM20 keatas dan coklat compound RM13-17 bergantung pd Brand coklat tersebut.
Pd kawan2..thanx sbb give support pdku.

Kelas 23 Feb

Niza ni kerja kat legal firm,tp rajin ikut kelas homemadechoc ni...katanya anak-anaknya memang 'hantu coklat'.Kalau pergi pasaraya tak sah kalau tak beli coklat cadbury yg size besar utk anak-anaknya.lagipun katanya skrg ni nak beli coklat bnyk bnda yg perlu diambil perhatian.Lagi2 bab kandungan yg digunakan.Samada halal ataupun tidak.Alhamdulillah ,kalau semua org berfikiran mcm niza.kadang-kadang tu org islam kita memandang remeh bab-bab halal haram ni.Kalau beli makanan terutamanya makanan ringan,main sambar je apa yg ada.Seelokeloknya tengoklah dulu kandungan makanan dan tanda halal di plastik makanan tersebut.Takut benda tak elok jadi darah daging kita dan anak-anak.Nauzubilahhiminzalik....minta dijauhkanla kita dengan bnda2 yg haram.

Apa yg bestnya,niza ni cukup peramah orgnya.Balik je dari kelas coklat,aku dpt sms dari niza..'yanie,dah ada org beli coklat.'wah!biar betul niza ni...baru je belajar dah ada customer.Esoknya dpt sms lagi dari niza...'yanie dah ada org tempah coklat'.Seronok rasanya bila student kita bersungguh-sungguh belajar dan nmpk hasilnya.Org kata tak sia-sia ilmu yg dicari.
Semoga niza terus berjaya..Good luck niza...

Kelas 21 Feb di Klang


Gambar ni diambil ketika kelas coklat diadakan di rumah adik Rokiah di Sg Bertih,Klang .
Hah..yg baju merah tu la Rokiah,hampir sebulan gakla dia membuat temujanji dgnku untuk membuat kelas diklang.At last,Alhamdulillah,segala niat dan janji telah pun dilaksanakan.Mulanya risau jugak takut tak dpt tunaikan hasrat Rokiah,maklumlah aku skrg ni dah stay di Kelantan,balik rumah parents di KL kalau ada hal ataupun suamiku terpaksa kerja diluar kawasan utk tempoh yg lama.Kebetulan minggu ni suamiku ada perlawanan rugby di kedah 2 minggu,so kenala balik KL.

Apa2 pun family Rokiah sgt sporting dan happening.So lps ni boleh la terus buat bisnes coklat pulak yer...

Selasa, 26 Januari 2010

SeLaMaT UlaNg TaHuN PeRKahWinan


Tanggal 15 January,genaplah usia perkahwinanku bersama suamiku tercinta yg ke 4...i baked a vanilla cake layered with blueberry filling to celebrate it....and top of cake i put an edible image,it's our weeding memories
Thanks my hubby gave me a space in ur heart....Ya Allah!kau rahmatilah rumahtangga kami dan jadikanlah kami diantara hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersabar dan sentiasa menyayangi satu sama lain dalam melayari kehidupan rumahtangga.Amin!!!.....

Rabu, 20 Januari 2010

Chocolate Doughnut


Yummy!yummy!Donut ni aku buat untuk makan petang.Anakku Asyraf dari pagi sibuk menyuruh uminya membuat kek.Memandangkan kelengkapan utk membuat kek tidak mencukupi,aku rembat je la apa yg ada kat dapur.Nasib baik ada tepung lagi,at last aku buat donut ni utk dia.Bukan main seronok dia mkn.Tambahan lagi donut tu aku salutkan dengan coklat.budak-budak memang suka.

Donut ni juga aku buat untuk tempahan.
Harga donut Size S -RM 0.80 sebiji
Harga donut Size M-RM 1.20 sebiji

Bengkel Homemade Choc di Sg Petani



Alhamdulillah,bengkel kelas coklat yg berjalan pada 16 & 17 Januari lepas berjalan dengan lancar.Bengkel diadakan di Homestay Taman Sri bayu,Fasa II,Sg Petani.Semua peserta yg menghadiri bengkel ni semuanya happening2.Kebanyakan yg hadir semuanya ada bisnes sendiri.Pada hari tersebut hanya seorang peserta tunggal lelaki,en Saiful. Sebenarnya en Saiful ni menggantikan tempat isterinya ,kak haslina yg tidak sihat pada hari tersebut.Walaubagaimanapun memang ternyata sokongan daripada suami atau isteri itu penting dalam melakukan sesuatu perkara.Kak zaiton dari penang juga ditemani oleh suaminya ketika menghadiri bengkel ni....lagi satu kak zuraidah,ibu kepada syamim peserta hari tersebut....perghhh!!!memang meriah hari tersebut....di harap selepas kalian semua menghadiri bengkel ni,u all dapat terus membuat coklat dengan sendiri...

INFO KELAS COKLAT

Kelas terhad untuk 4 orang setiap kelas.
Masa (10 am -4pm)

Tempat : Cheras Baru,Kuala Lumpur
*Sila maklumkan seminggu awal sekiranya pelajar ingin membuat kelas di tempat sendiri.
Yuran :RM 200 (termasuk nota, 1 mould,coklat box) & anda akan membawa pulang min 1kg coklat(sila bawa bekas) .

Bayaran deposit 50% hendaklah dibayar di akaun
CIMB:01120061802528 atau akaun


MBB:164342248922 atas nama IZDIANI BT MOHD HATTA

setelah pembayaran dibuat ,sila maklumkan kepada saya melalui sms/email butir-butir pembayaran:

Bank:CIMB/MBB
Nama Penuh :

Tarikh kelas yg ingin diikuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...