"Ya Allah seandainya waktu Dhuha itu Dhuha-Mu,kecantikannya kecantikan-Mu,keindahannta keindahan-Mu,kekuatannya kekuatan-Mu,kekuasaanya kekuasaan-Mu,perlindungannya perlindungan-Mu....Ya Allah jika rezekiku dilangit,turunkanlah,jika ia di bumi keluarkanlah,jika sukar permudahkanlah,jika haram sucikanlah,jika jauh dekatkanlah...
Berkat waktu Dhuha,kecantikan-Mu,keindahan-Mu,kekuatan-Mu,kekuasaan-Mu,limpahkan kepada ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Ahad, 25 April 2010

Wedding my sis Farah

10 April 2010,berlangsunglah majlis pernikahan adikku Farah bersama pasangannya Amar.Mereka ni 1 U & 1 course...CINTA KULIAH yer....masing-masing masih lagi belajar dalam bidang architecture di UIA,alhamdulillah dah sampai seru,tak kiralah org dah keje ke,belajar ke..yg penting agama tidak diabaikan.Berkahwin waktu belajar ni pun ada baiknya,boleh belajar sama-sama,buat assignment sama-sama tanpa batasan dan yg penting apa yg mereka lalui sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Semuanya serba sederhana,tidak melampaui batas,dari kak long,sehinggalah adikku ini,kahwin diusia yg muda.Mak ayah kami tak galakkan bercinta terlalu lama,lagi-lagi dizaman serba canggih ni,banyak sgt anasir-anasir dan pengaruh negatif yg boleh mencemarkan agama.Alhamdulillah ,walaupun adik beradik kami kahwin diusia muda,masing-masing berjaya dalam hidup.






Kek perkahwinan yg aku hasilkan untuk majlis kali ini,pada awalnya,rupa kek ni lain.Tapi disebabkan perjalanan yg memakan masa hampir 8 jam,kek ni telah cair di dalam perjalanan.untuk mengelakkan pembaziran,akhirnya aku mengambil keputusan untuk menutup kek coklat ni dengan white choc + dark choc utk toppingnya.Walaupun ada sedikit kecacatan,tapi rasanya tetap maintan sedaapppp...


Sebagai seorang beginner dlm bidang baking ni,bnyk yg aku perlu pelajari.Tapi bila kita dapat lihat hasil sendiri dan pujian dari org tentang hasil kita, rasa sgt puas hati.Mungkin dimata kita,kita nampak serba kekurangan,tapi dimata org ,lain pula.

Isnin, 15 Mac 2010

Purple Theme


Selamat pengantin Baru Yati.Yati menempah kek coklat + buttercream dgn bertemakan warna purple.Pada mulanya puas juga aku memikirkan warna purple yg dikehendaki oleh yati.katanyan warna purple nak ke warna pink....emmm..mcmmana tu ye.Kalau nak dibuat warna sebegitu ke atas kek ni,puas juga aku memikirkannya.At last aku mengambil keputusan utk mevariasikan warna kek ini dgn warna based purple dengan kuntuman roses berwarna pink.Thanks a lot yati :D

Purple Theme


Hantaran cuppies bertemakan purple colour ini ditempah oleh Yati,Tanah Merah.Selamat Pengantin Baru Yati & Dzul.Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Happy Birthday Aqiem

Edible cup cakes ini ditempah oleh farah dari Pengkalan Chepa..Untuk adiknya yg tersayang.Hope Aqiem happy dgn cup cakes yg diletakkan edible image gmbrnya tu.

Gold+ White Theme

Hantaran cuppies


Hantaran Cuppies ni ditempah oleh Farah ,adik kepadaIrah.Terima kasih Farah.Kepada Irah,Selamat Pengantin Baru pada 14hb Mac 2010.

Sabtu, 6 Mac 2010

SeLaMaT PeNgAnTiN Baru Adli & Ida

Selamat pengantin baru Adli & Ida.Sebenarnya Adli ni rakan sekerja husband ku..sama-sama berkhidmat bawah RS di Tanah Merah.Sewaktu nak membina kek 2 tingkat ni banyak benar rintangan dan cabaran yg aku lalui.Lebih-lebih lagi dunia baruku dlm bidang membuat kek ni.Aku terpaksa meminjam mixer dan oven dari kakak iparku memandangkan majlis diadakan di Hulu Langat,tapi semua barang-barangku di kelantan.Nak mengangkut mixerku dan oven ku yg sebesar peti sejuk 1 pintu satu hal pulak.Dengan pakaian kami anak beranak dah penuh 1 kembara.Nak tak nak,kena la pinjam jugak.Ikutkan aku dah terbiasa dengan mixerku,dgn kuasa kudanya..h!hi!..aku tidak perlu bersusah payah untuk memukul adunan sehngga kembang,tetapi dengan handmixer kakak iparku,aku terpaksa mengerah tenaga memukul adunan sehingga kembang.Naik kebas tanganku ini.hahaha..nak dijadikan cerita aku terpaksa menyuruh suamiku menolongku memukul adunan tersebut.maklumlah,tenaga lelaki ni lg power dari kita..Thanks cayang....ada talent nak jd chef tu...


Pandangan atas kek


Kek 2 tingkat bertemakan warna hijau pucuk pisang

Majlis Perkahwinan penuh adat istiadat tentera ,perkahwinan bawah pedang'sword barrel'


Kedua-dua mempelai dgn berpakaian serba putih,nampak segakkan....



Majlis memotong kek..taraa..tgkla hasil ku ini....potong kek pakai pedang giteww...


Jejaka tampan ditengah-tengah tu siapa yerr.....boleh berkenalan???
Haa...nak tau...tu la suamiku yg tersayang.....amboi!mkn sedap nmpk....


Kepada kedua-dua mempelai,semoga Bahagia sehingga keakhir hayat dan bina rumahtangga kalian dengan berlandaskan quran&sunnah untuk melahirkan keluarga yg sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Coklat order

loose real choc di request oleh my loyal customer...abg rin,su & mus...actually they are my ex officemate di SME pada suatu ketika dulu..hi!hi!...Kebetulan bulan Feb ni aku di KL,so dorang pun request choc real ni.Bukan senang nak buat chocolate ni kalau xde ilmu didada....kalau silap temper,silap haribulan tak jadi.Lagi-lagi coklat real ni..nak menemper coklat ni pun nak kena guna tenaga yg secukupnya..kalau sesiapa yg bercadang utk menguruskan lengan mereka yg tebal dan berisi tu,menemper coklat real ni salah satu exercise yg sgt bagus....ahakss....
Selalu saya ingatkan pd mereka yg belajar homemade choc dgn dzyan,Harga jual choc real lebih mahal berbanding choc compound...Tapi kenapa ye????hmmmm....sebabnya,Harga sekilo coklat
real RM20 keatas dan coklat compound RM13-17 bergantung pd Brand coklat tersebut.
Pd kawan2..thanx sbb give support pdku.

INFO KELAS COKLAT

Kelas terhad untuk 4 orang setiap kelas.
Masa (10 am -4pm)

Tempat : Cheras Baru,Kuala Lumpur
*Sila maklumkan seminggu awal sekiranya pelajar ingin membuat kelas di tempat sendiri.
Yuran :RM 200 (termasuk nota, 1 mould,coklat box) & anda akan membawa pulang min 1kg coklat(sila bawa bekas) .

Bayaran deposit 50% hendaklah dibayar di akaun
CIMB:01120061802528 atau akaun


MBB:164342248922 atas nama IZDIANI BT MOHD HATTA

setelah pembayaran dibuat ,sila maklumkan kepada saya melalui sms/email butir-butir pembayaran:

Bank:CIMB/MBB
Nama Penuh :

Tarikh kelas yg ingin diikuti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...